Ramai yang masih lagi tidak
faham dengan penurunan yang dimaksudkan apabila kita berdiet.
Sebenarnya berat seseorang tidak boleh diukur hanya dengan jumlah kilo
sahaja kerana berat dalam kilo seseorang terdiri daripada BERAT TULANG,
BERAT AIR, BERAT LEMAK dan BERAT DAGING. Ini adalah berbeza untuk setiap
individu. Sebab itu ahli bina badan mempunyai jumlah berat dalam kilo
yang sangat tinggi walaupun badannya kecil kerana jisim ototnya sangat
tinggi. Jadi adalah sangat penting bagi seseorang ingin menurunkan berat
badan mengambil ukur lilit badan mereka sebelum melakukan sebarang
diet. Bukan hanya berpandukan nombor yang tertera di mesin penimbang
anda.
1. Berat air - Tahukah
anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan
selebihnya adalah otot dan beberapa tisu lain. Bagi seorang lelaki yang
beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam
badannya yang majoritinya adalah darah anda. Badan anda bekerja keras
untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang
pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza
bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan
cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada
yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk
baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang.
Kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara
sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas
12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakan hilang apabila
anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakan ini
juga menyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai
seperti penurunan berat badan terhenti.
2. Lemak kurang padat berbanding otot - Yang
mana satu lebih berat? Satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah
soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan!
Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu
berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang
lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil
ruang 18 peratus kurang daripada lemak. Itulah sebabnya mengapa dua
orang yang mempunyai berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza,
bergantung kepada berapa banyak lemak otot masing-masing punyai. Ini
adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat
anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan
takuk lubang pada tali pinggang anda.
3. Penurunan berat badan itu tidak selalunya dalam garisan lurus
- Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan
lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, sederhana malah
ada yang 3-4inci lebih daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya.
Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris "two steps
forward, one step back" diharapkan dapat mebantu anda memahami makna
yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu
proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan
kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami
penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat
badan.
4. Menghampiri berat idaman anda - Semakin anda
menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan"
terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda ingin kehilangan
20kg berat anda, 10kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang
seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan
sisiplin yang lebih. Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan
diet anda memperlihatkan 'sesuatu' untuk anda.