Klik saya ;)

Thursday, 18 April 2013

  • K-29 dicipta untuk memberi semua vitamin penting, mineral, dan asid amino dalam keseimbangan sempurna dan kuantiti untuk memberi badan anda tenaga tambahan yang anda perlukan seharian.
  •  K-29 memberi anda tenaga tambahan yang anda perlukan untuk anda menghabiskan harian anda dengan kecergasan dan semangat! Semua kitaran biokimia badan mesti ‘meningkat naik’ dengan tujuan dapat menggunakan tenaga maksima daripada makanan anda.  
  • K-29 memberi peningkatan terus pemakanan seimbang seumur hidup.
  •  K-29 adalah sesuai untuk semua orang daripada anak-anak muda, terus pada orang yang bersukan, orang tua, mengandung, dan ibu menyusu khususnya orang yang aktif.

CARA PENGAMBILAN K29

Berat Bersih : 420g
Penggunaan : Dua sudu penuh dalam 200/250ml air/susu.
Waktu pengambilan : 1 jam sebelum bersukan
Catatan : Untuk kanak-kanak, gunakan dalam kuantiti yang kecil daripada yang disyorkan.

Thursday, 11 April 2013



Ramai yang masih lagi tidak faham dengan penurunan yang dimaksudkan apabila kita berdiet. Sebenarnya berat seseorang tidak boleh diukur hanya dengan jumlah kilo sahaja kerana berat dalam kilo seseorang terdiri daripada BERAT TULANG, BERAT AIR, BERAT LEMAK dan BERAT DAGING. Ini adalah berbeza untuk setiap individu. Sebab itu ahli bina badan mempunyai jumlah berat dalam kilo yang sangat tinggi walaupun badannya kecil kerana jisim ototnya sangat tinggi. Jadi adalah sangat penting bagi seseorang ingin menurunkan berat badan mengambil ukur lilit badan mereka sebelum melakukan sebarang diet. Bukan hanya berpandukan nombor yang tertera di mesin penimbang anda.











1.  Berat air - Tahukah anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda. Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. Kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakan ini juga menyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.


2. Lemak kurang padat berbanding otot - Yang mana satu lebih berat? Satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak. Itulah sebabnya mengapa dua orang yang mempunyai berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.


3. Penurunan berat badan itu tidak selalunya dalam garisan lurus - Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, sederhana malah ada yang 3-4inci lebih daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris "two steps forward, one step back" diharapkan dapat mebantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.

Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.



4. Menghampiri berat idaman anda - Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk  "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda ingin kehilangan 20kg berat anda, 10kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan sisiplin yang lebih. Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan 'sesuatu' untuk anda.

Wednesday, 20 March 2013

ADAKAH ANDA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN.ADAKAH HORMON ANDA SEIMBANG?

Masalah hormon yang tidak seimbang memainkan peranan yang penting jika kita gagal menurunkan berat badan. Jika kita berdiet, berat akan turun perlahan atau tidak turun langsung dan selalunya menyebabkan kita kecewa untuk terus berdiet. Kita perlu faham bahawa hormon ini adalah sejenis bahan kimia yang dirembeskan kedalam saluran darah oleh kelenjar endokrin badan kita. Ianya bertugas untuk menyelaraskan proses-proses yang penting didalam tubuh badan. Selalunya kaum wanita kerap menghadapi masalah ini namun begitu tidak mustahil bahawa kaum lelaki juga tidak terkecuali akan gejala ini.

Diantara tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
-Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
-Selalu cepat marah - sukar mengawal perasaan
-Cepat merubah fikiran serta perasaan
-Menangis tanpa sebab tertentu
-Lesu serta kurang bertenaga
-Kemerosotan daya ingatan
-Selalu merasa gelisah
-Kerap pening kepala
-Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
-Nafsu makan yang meningkat
-Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
-Mengalami jerawat degil
-Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
-Alopesia atau keguguran rambut
-Hilang minat terhadap seks
-Kulit kusam dan tidak berseri
-Kulit berminyak
-Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

 
Jika anda ada mengalami salahsatu tanda-tanda ini dan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan, maka besar kemungkinan anda sedang menghidapi masalah hormon. Jumpalah doktor pakar endokrin anda bagi mengambil ujian darah atau air liur untuk kepastian sebenar. Punca masalah hormon ini jaga bermacam-macam dan ianya juga adalah sejenis penyakit yang boleh diubati.

Nasihat saya perbetulkanlah masalah hormon ini terlebih dahulu barulah kita boleh menurunkan berat badan atau berdiet.

Tuesday, 19 February 2013

Tips supaya ketonstrips anda mudah bertukar pink ialah dgn mgamalkan pengambilan cuka epal semasa dalam diet alsd2.
Cuka epal membantu penghadaman dan proses penyingkiran lemah lagi cepat berlaku.

Cuka epal juga dapat meningkatkan metabolisme serta mengatasi masalah sembelit.

Cara pengambilan:
1. Satu sudu kecil dicampur + 2 scoop alsd2 dan di ambil 2 kali sehari @
2. Satu sudu kecil ditambah kedlm satu gelas air minum slps mkn.




Thursday, 14 February 2013

KENAPA PERLU KURANGKAN KARBOHIDRAT SEPANJANG PENGAMBILAN SDII?




Anda mungkin terfikir dan tertanya-tanya kenapa doktor dan pakar-pakar diet menyuruh kita mengurangkan @ tinggalkan terus nasi dalam menu seharian kita.. Memang sukar jika difikirkan semula kerana nasi telah menjadi makanan rugi orang Malaysia. Dari kecil lagi kita akan disajikan dengan NASI..jadi mana mungkin kita tak makan nasi dalam hidup kitakan?

Tapi jika anda nilai semula kandungan KARBOHIDRAT dalam semangkuk nasi tu mesti anda akan 'gerun' sekejap betapa tingginya gula yang akan dihasilkan dan seterusnya akan menjadi lemak dalam badan jika tidak digunakan.

Sekali kita makan semangkuk nasi, kandugan kalorinya 204kcal,karbohidratnya 44gram dan sodium(garam) 577 gram.

Kandungan kalori merupakan 10% daripada kehendak kalori harian kita berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal. Sesetengah pihak pula mengatakan kita cuma perlu 1,800 kcal sahaja jika kita sekadar bekerja di pejabat yang tidak memerlukan tenaga yang tinggi dan ini bermakna semangkuk sudah 11.33% dari keperluan harian kita.

LEBIHAN KARBOHIDRAT dalam badan akan DITUKAR ke LEMAK.

Nasi juga mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu 44 gram semangkuk. Itulah sebabnya nasi antara yang patut anda elakkan semasa berdiet dengan Alphalipid SDII kerana dalam diet ini kita perlu kurangkan pengambilan diet serendah 35 gram sahaja sehari.Ada sebabnya kenapa kerana biasanya badan kita menggunakan karbohidrat dari nasi dan makanan lain yang kita makan itu sebagai tenaga. Masalahnya ialah selalunya jumlah karbohidrat yang kita ambil itu lebih daripada yang badan kita perlukan. Apabila karbohidrat yang kita ambil lebih banyak dari yang diperlukan badan, ada lebihan karbohidrat dalam badan kita.

Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan, maka karbohidrat yang kita ambil kurang daripada yang diperlukan badan kita. Apabila situasi ini berlaku, proses KITOSIS akan berlaku dimana badan kita akan mula membakar lemak dalam badan kita untuk mendapatkan tenaga. Alphalipid SDII akan membantu kita untuk mempecepatkan pembakaran lemak ini.

SDII TIDAK MENYEBABKAN BADAN MENGGIGIL DAN LEMAH

Walaupun sepanjang pengambilan SDII tidak dibenarkan makan karbohidrat tetapi badan tetap bertenaga dan rasa badan akan lebih ringan kerana lemak-lemak anda akan ditukarkan kepada tenaga. Ada juga pengguna SDII yang akan merasa lapar selepas minum SDII..SEBAB?? Kerana metabolism badan anda telah bekerja dan akan memecahkan lemak-lemak anda tu..tapi bila lapar jangan la makan NASI pulak..alasan tak tahan lapar..alamatnya sampai bila pun tak kurus. Gantikan lapar anda itu dengan air kosong 2-3 liter sehari, lauk pauk (kurangkan kuah dan sos) dan lebihkan sayur-sayuran.

SELAMAT BERDIET DENGAN SDII :)


Monday, 7 January 2013



Tips menurunkan berat badan UTK LANGSING Dan SIHAT...
Jika anda mengalami masalah berat badan, tentunya tercari-cari tips menurunkan berat badan. Agar kelihatan lebih slim dan menawan. Tapi semua nak cara yang mudah tanpa bersenam kan. Yelah mana ada masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja. Balik kerja dah penat. Nak mengemas lagi, nak berfacebook lagi. Nak chatting lagi.

Ok disini saya ingin berkongsi beberapa cara bagi membantu anda menurunkan berat badan. Caranya sebenarnya mudah iaitu mengamalkan cara hidup yang sihat melalui pemakanan dan aktiviti seharian.
.
1. Banyak minum air masak
Adalah amat menyihatkan meminum lebih banyak air masak. Tubuh kita memerlukan banyak air untuk memboleh organ-organ di dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Elakkan dari meminum air bergas kerana mengandungi gula dan kalori yang amat tinggi. Ia juga boleh menjejaskan organ di dalam tubuh.

2. Tidur dengan cukup
Tahukah anda tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di dalam badan dan berfungsi dengan lebih baik. Seterusnya membakar kalori dan meningkatkan sistem imun anda melawan penyakit. Oleh itu dapatkan tidur yang secukupnya dan berkualiti. Ini cara mudah untuk kuruskan badan anda.

3. Aktifkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
Elakkan dari duduk seharian menonton TV atau menghadap komputer. Anda perlu aktif untuk membakar kalori dalam badan. Cuba lakukan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakkan. Seperti memasak atau bermain dengan anak-anak anda di halaman rumah. Ini pun cara kuruskan badan yang menyeronokkan.

4. Gaya pemakanan yang sihat
Saya tertarik dengan buku kesihatan yang menyatakan “Breakfast like a king, Lunch like a Queen and Dinner like a Pauper”. Memang benar sepatutnya kita perlu memakan dengan kuantiti yang banyak pada waktu sarapan pagi. Kerana pada ketika itu, kita akan melakukan banyak aktiviti berat yang membakar kalori. Dan kurangkan pemakanan pada waktu malam. Kerana pada waktu malam tubuh kita perlu lebih banyak berehat.

5.semestinya diet yg SIHAT dgn ALPHA LIPID SLIM DIET2..