Klik saya ;)

Wednesday, 17 October 2012

STOP STRESS!!!!



Bolehkah Stress Menghalang Penurunan Berat Badan ?


Sebenarnya tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan boleh menghalang berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik kembali. 


  • Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti cortisol dan adrenalin.
  • Hormon yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah. 
  • Serotonin - Tekanan akan mengurangkan serotonin didalam badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan kerana kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan serotonin yang cukup. 
  • Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salahsatu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.

Apabila kita berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita buat untuk mendapat menafaat yang optima...

No comments:

Post a Comment